Uncle Seekers Ditahan Semula


kes, terbaru, uncle seekers, blog, mahkamah majistret, johor, popular, jaminan, polis, akta hasutan, mansuh, lapor, lelaki, perintah, peguam, reman, saman, siasat, fitnah, dakwa, sultan johor, serah, tindakan
UNCLE SEEKERS (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas perintah reman dikeluarkan terhadapnya di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas, 46, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya kelmarin.

Uncle Seekers ditahan kira-kira pukul 7 malam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai lepas.

Semalam, polis berjaya mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap lelaki itu daripada Mahkamah Majistret di sini.

Uncle Seekers yang ditemani peguam V. Thiru Kumar tersenyum apabila dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 4 petang selepas perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat.

Sebelum ini, dia ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan di dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kertas siasatan terhadap lelaki itu berkaitan kes di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya kelmarin untuk tindakan lanjut.
sumber

Uncle Seekers Ditahan Semula Uncle Seekers Ditahan Semula Reviewed by Admin on 5:33:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.