Lelaki Beristeri 11 Palsukan Dokumen Pernikahan Didakwa Di Mahkamah



Nama sebenar dia adalah MOHD RAZIS BIN ISMAIL. Mari kita berkenalan dengan penipu ni supaya Ckin dan kalian pun takkan tertipu. InsyaAllah. Hal ini kerana wataknya sangat ‘baik’. Pijak semut pun tak mati. Mudah-mudahan apa yang Ckin kongsikan ini dapat kalian sebarkan dan dedahkan kepada kaum keluarga, sanak saudara, sepupu-sepupu, kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, orang tersayang dan kenalan-kenalan yang dikenali.

Kuala Lumpur: “Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30 yang didakwa di Mahkamah Syariah Rendah Kajang atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36 berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menginaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. saya harap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipudengan perbuatannya, jadi berubahlah” katanya ketika ditemui wartawan Metro.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada tahun 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran pernikahan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikahdan kini dibinkan ‘Abdullah’ malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya . ”Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya memikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang” katanya

Harian Metro Ahad lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ‘ustaz’ disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.

Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial. Juga cerita lengkap tentang penipuan ini boleh dibaca melalui blog cahayatwinz.blogspot.com

sumber

Lelaki Beristeri 11 Palsukan Dokumen Pernikahan Didakwa Di Mahkamah Lelaki Beristeri 11 Palsukan Dokumen Pernikahan Didakwa Di Mahkamah  Reviewed by Admin on 10:04:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.