Kisah Pilu Bagaimana Berakhirnya Sistem Pemerintahan Khalifah Islam



Pada 18hb Disember, 1914, British menjajah Mesir lalu berusaha memutuskan hubungan antara Mesir dengan Turki, Raja Abbas telah digulingkan dan Amir Hussin bin Kamil telah dilantik menjadi Raja Mesir dengan memakai gelaran Sultan.

British telah menjadikan Mesir sebagai pusat kegiatan sulitnya yang bertujuan untuk menghapuskan Khalifah Uthmaniyah di Turki.

Tindakan pertama Brirish dengan memuji Mustafa Kamal Ataturk yang kononnya berjaya menyelamatkan Turki dari penaklukan tentera asing. Rakyat Mesir turut memuji dan menyanjung Mustafa Kamal Ataturk.

Kerana itu apabila Mustafa Kamal Ataturk menggulingkan Sultan Abdul Hamid 11 dan melantik Wahiduddin sebagai pengganti maka rakyat Mesir menyokong tindakan itu. Ulama Universirti Al Azhar juga menyokongnya.

Tidak lama kemudian, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan bahawa politik dan agama adalah dua perkara yang berasingan. Lantaran itu, beliau pun melucutkan kuasa politik Sultan Wahiduddin. Walaupun tindakan ini amat merbahaya, namun rakyat Mesir masih menyokongnya. British pula menjalankan propagandanya dengan memuji tindakan itu. Malah Muhammad Syakir, seorang ulamak Mesir yang sangat berpengaruh ketika itu turut memuji tindakan Mustafa Kamal Ataturk itu.

Tidak lama kemudian, Tiba-tiba, rakyat Mesir mendapat tahu bahawa Mustafa Kamal Ataturuk telah memansuhkan sistem pemerintahan Khalifah. Baru rakyat Mesir sangat terkejut, sedih dan pilu mendengar berita tersebut. Barulah mereka sedar bagaimana British memainkan peranan menipu rakyat Mesir bagi menjayakan rancangan mereka menjatuhkan Khalifah Islam.

Empat hari selepas sistem pernerintahan Khalifah dihapuskan barulah para ulamak Al-Azhar telah mengisytiharkan tindakan Mustafa Kamal Ataturk itu tidak sah. Mereka mahu mengadakan persidangan untuk melantik Khalifah Islam yang baru.

Sekali lagi British memainkan peranannya untuk menggagalkan rancangan tersebut kerana mereka tidak mahu wujud semula sistem khalifah Islam. Orang-orang British di Afghanistan menyuruh Raja Afghanistan bernama Amanullah Khan merebut jawatan khalifah. Dalam masa yang sama rakyat Palestin dan Jordan membai’ah raja mereka Syarif Hussin bin Ali menjadi Khalifah. British juga mahu Raja Mesir iaitu Raja Fuad menjadi khalifah. Taktik mereka hanya untuk menimbulkan perebutan di kalangan pemimpin Islam. Dan keadaan menajdi bertambah rumit apabila Sultan Wahiduddin Turki yang digulingkan berada dalam buangan di Pulau Malta juga mahu merebut jawatan Khalifah.

Kerana ini apabila ulamak Al-Azhar membuat kenyataan mahu mengadakan persidangan melantik khalifah yang baru maka berlaku pertikaian. Pihak British pula berusaha habis-habisan menyekat tertegaknya semula system pemerintahan Khalifah Islam.

Mereka berjaya mempengaruhi Sa’ad Zaghlol Perdana Menteri Mesir untuk menggagalkan persidangan itu. Pada masa yang sama British menyokong supaya Raja Fuad Mesir menjadi Khalifah.

Ini menyebabkan para ulamak dan cendekiawan Islam ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada para ulamak rasmi yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Al- Azhar mereka menyokong pemilihan Raja Fuad sebagai Khalifah. Kumpulan kedua pula tidak bersetuju Raja Fuad dipilih menjadi Khalifah. Mereka juga bertegas persidangan itu sepatutnya diadakan di Mekah bukan di Mesir.

Setelah persidangan itu ditangguhkan beberapa kali akhirnya dapat diadakan pada 13hb Mei 1926. Tetapi hanya 34 perwakilan sahaja yang hadir. Mereka tidak boleh membuat perlantikan Khalifah. Maka berjayalah usaha British untuk menggagalkan usaha para ulamak Islam menegakkan system Khalifah.

Usaha menegakkan semula system Khalifah Islam masih boleh dijalankan sekiranya para ulama dari Negara-negara Islam yang di ketuai ulama university al Azhar mengadakan satu persidangan bagi melantik khalifah Islam yang baharu..
Namun yang pasti pihak British dan sekutunya akan berusaha untuk menggagalkannya.

Kerana itu umat Islam perlu kuat dan bersatu baru khalifah Islam boleh ditegakkan semula…
sumber

Kisah Pilu Bagaimana Berakhirnya Sistem Pemerintahan Khalifah Islam Kisah Pilu Bagaimana Berakhirnya Sistem Pemerintahan Khalifah Islam Reviewed by Admin on 8:21:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.