Pekerja Terkejut Jumpa Mayat Rakan Dalam Beg Kanvas


gambar hiasan*

MIRI: Empat pekerja buruh binaan di Marina Bay, Tanjung Lobang dekat sini terkejut apabila mendapati kandungan di dalam beg kanvas besar yang diletakkan di hadapan kuarters kediaman pekerja adalah mayat rakan sekerja mereka.

Keempat-empat pekerja terbabit baharu kembali dari bekerja di tapak pembinaan di tepi pantai sekitar jam 6 petang kelmarin, apabila ternampak satu ‘bungkusan’ yang mencurigakan, diletakkan di hadapan kuarters kediaman mereka.

Ketika dihampiri, ternyata ‘bungkusan’ berkenaan adalah beg kanvas yang besar dan apabila dibuka, mereka terkejut besar men-dapati sekujur tubuh yang sudah tidak ber-nyawa di dalamnya.

Lebih mengejutkan, mayat tersebut ialah jiran sebelah rumah mereka yang juga rakan sekerja di tapak pembinaan tersebut.

Tanpa mengetahui apa yang berlaku dan kenapa mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Jaffar itu berada dalam beg, keempat-empat pekerja terbabit mengeluarkannya dan meletakkan mayat tersebut di atas beranda kuarters kediaman mereka.

Menurut mereka, si mati ketika hidupnya amat dikenali mereka sebagai kaki botol, dan masih terdapat banyak longgokan botol arak di bawah rumahnya.

Sementara itu, majikan mereka yang datang bersama anggota polis, mengakui beliau yang menyuruh beberapa pekerja lain memasuk-kan mayat tersebut ke dalam beg kanvas dan diletakkan di hadapan kediaman mereka, sementara menunggu polis dan ambulans tiba kerana panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Majikannya yang ditemui kelmarin memberitahu, Jaffar telah berjumpa dengannya pada jam 9.30 pagi hari yang sama untuk me-minjam wang dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta Jaffar kembali se-mula untuk meminjam wang selepas dia pulih daripada keadaan mabuknya.

Kali terakhir Jaffar dilihat meminta sebatang rokok daripada pekerja lain pada jam 2 petang sebelum dia menghilangkan diri dan mayatnya ditemui pada jam 5.30 petang di belakang kantin di tapak pembinaan tersebut oleh para pekerja.

Majikannya yang terkejut dengan penemuan mayat itu setelah dimaklumkan oleh pekerja kemudian mengarahkan mereka membungkus mayat tersebut dengan beg kanvas besar dan diletakkan di depan kediaman pekerja tatkala beliau menghubungi pihak polis.

Pegawai perubatan yang tiba bersama polis mengesahkan lelaki tersebut yang dipercayai warga Indonesia, sudahpun meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pegawai penyiasat polis yang bertugas memberitahu, siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut dipercayai mati mengejut kerana tiada tanda-tanda kecederaan ataupun perkara yang mencurigakan.

Pada malam kelmarin juga, polis membawa empat orang terdiri daripada majikan dan dua pekerja yang tinggal serumah dengan si mati serta seorang lagi pekerja yang diminta mengangkat mayat tersebut dari tempat kejadian ke kuarters pekerja ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan.

Lelaki terbabit masih tidak diketahui identitinya dan hanya dikenali sebagai Jaffar dalam kalangan pekerja buruh binaan di situ.

Mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Miri menggunakan kenderaan polis pada jam 10 malam kelmarin untuk dibedah siasat.

Pekerja Terkejut Jumpa Mayat Rakan Dalam Beg Kanvas Pekerja Terkejut Jumpa Mayat Rakan Dalam Beg Kanvas Reviewed by Admin on 4:15:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.