Gambar menunjukkan kilang ghaib tiba-tiba hanya tinggal tapak*
TELUK INTAN: Seorang pemilik kilang terkejut besar apabila mendapati bangunan kilang miliknya di Batu 13, Jalan Bagan Datoh, di sini, ‘ghaib’ selepas struktur dan bahan binaannya dipercayai dicuri, kelmarin.
Pemilik kilang berusia 40-an itu yang tinggal di ibu negara, menyedari kehilangan bangunan kilangnya di kawasan seluas dua hektar ketika melawat premis berkenaan kira-kira jam 10 pagi.
Difahamkan, mangsa membina kilang itu pada 2005 dengan kos melebihi RM50,000 untuk operasi memproses bahan karbon sebelum menyewakannya kepada individu lain sejak 2009.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, mangsa kali terakhir melawat kilang berkenaan, kira-kira empat bulan lalu sebelum menyedari ia ghaib kelmarin.
Menurutnya, selepas mendapati keseluruhan struktur bangunan kilangnya ditanggalkan dan dipercayai dicuri, mangsa membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang pada hari sama.
Pemilik Kilang Terkejut Apabila Kilangnya 'Ghaib' Tiba-Tiba
Reviewed by Admin
on
4:55:00 PTG
Rating: