Perang Besar, Turki Siapkan Operasi Ketenteraan Untuk Menyerang Syria



ISTANBUL - Parlimen Turki bersetuju dengan operasi ketenteraan dengan sasaran-sasaran di wilayah Syria berikutan serangan Syria ke wilayah Turki yang mengorbankan lima warga negaranya.

Dalam pungutan suara di parlimen pada hari Khamis 04/10 semalam sebanyak 320 suara menyokong dan 129 suara menentang operasi ketenteraan. Mandat dari parlimen ini berlaku selama satu tahun.

Parlimen berkata lembaga itu bersetuju dengan operasi ketenteraan di luar wilayah Turki bila kerajaan memandang perlu. Keputusan diambil atas usul kerajaan yang terkandung dalam memorandum untuk menghantar pasukan ke luar wilayah Turki.

Dalam memorandum disebutkan bahawa "aksi pencerobohan" Angkatan Bersenjata Syria ke wilayah Turki merupakan ancaman serius bagi keselamatan negara.

Bukan keizinan perang

Timbalan Perdana Menteri Besir Atalay berkata persetujuan parlimen bukan bererti Turki mengisytiharkan perang.

"Undang-undang ini bukan untuk berperang ... Ini mempunyai sifat menghalang," kata Besir Atalay.

Dia menambah kini langkah yang diperlukan adalah penyelarasan dengan badan-badan antarabangsa.

Persetujuan parlimen diberikan beberapa jam selepas Turki kembali melancarkan serangan meriam terhadap pos ketenteraan Syria sebagai balasan atas bom mortar sehari sebelumnya.

Sementara itu Menteri Luar Sergei Lavrov mengatakan aksi tembak-menembak antara Turki dan Syria merupakan kebimbangan mendalam.

Lavrov berkata adalah penting bagi kerajaan Syria untuk mengumumkan secara terbuka bahawa Syria akan menghalang tindakan serupa di masa depan.

Majlis Keselamatan PBB dijadualkan mengadakan pertemuan hari ini untuk membincangkan konflik tersebut.

Perang Besar, Turki Siapkan Operasi Ketenteraan Untuk Menyerang Syria Perang Besar, Turki Siapkan Operasi Ketenteraan Untuk Menyerang Syria Reviewed by Admin on 9:18:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.