Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker



DALAM pada peminat masih berkabung atas pemergian pelakon Hollywood, Paul Walker, masih ada yang menggunakan peluang itu untuk mencari keuntungan.

Seorang pemuda mengambil kesempatan untuk menjual enam serpihan kayu pokok yang dilanggar kenderaan yang dinaiki Walker menerusi laman eBay.

Setiap satunya dijual dengan harga kira-kira RM3OO, memetik laporan TMZ.COM.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat kecaman daripada peminat yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Akur dengan kemarahan mereka, dia akhirnya menarik balik iklan tersebut.

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga, sahabat, rakan-rakan dan peminat Walker. Ketika saya memuatnaik iklan tersebut, saya tidak memikirkan sensitiviti dan impaknya kepada emosi orang lain,” ujar pemuda itu.



Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker Dikecam Jual Serpihan Pokok ‘Maut’ Paul Walker Reviewed by Admin on 9:42:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.