Gurauan Kasar: Punggung Wanita Digam Pada Mangkuk Tandas!



GEORGIA – Gurauan yang menyakitkan. Ia berlaku kepada seorang wanita, Ilyanna De La Keur, 40, ketika mengunjungi sebuah pusat menjual peralatan rumah, Home Deport, bulan lepas.

De La Keur mengalami episod yang memalukan itu apabila punggungnya terlekat pada mangkuk tandas, angkara pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyapu gam yang kuat pada permukaan mangkuk itu.

Wanita itu terpaksa menunggu hingga 25 minit sebelum keadaannya disedari oleh orang ramai.

Selepas gagal melepaskan diri, pasukan paramedik terpaksa dipanggil.

Ketika proses menanggalkan gam itu dilakukan, De La Keur terpaksa menahan kesakitan.

Kini selepas beberapa minggu, De La Keur masih berasa sakit dan setiap kali perkara itu dibangkitkan, dia akan menjadi tertekan kerana malu.

“Saya tidak dapat berjalan kerana sakit. Sesiapa yang meletakkan gam itu memang seorang yang teruk. Ia bukan sesuatu yang melucukan,’’ katanya - http://news.abnxcess.com


Gurauan Kasar: Punggung Wanita Digam Pada Mangkuk Tandas! Gurauan Kasar: Punggung Wanita Digam Pada Mangkuk Tandas! Reviewed by Admin on 9:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.