Subhanallah! Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla



Subhanallah ! Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh yang kembali menemui Allah akibat digantung.

"Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!" - Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Subhanallah! Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla Subhanallah! Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla Reviewed by Admin on 11:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.