"Makcik tak tau nak cakap apa lagi," kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada seorang penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Khairul Amri Selamat,29.
Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya di Kerayong Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya, Khairul Amri yang menaiki pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat di sana.
"Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi, makcik tidak tahu nak cakap apa lagi.123 N 123
"Bagi makcik masa dulu," katanya mengakhiri perbualan.
Wanita itu akan ke Kuala Lumpur ditemani seorang anaknya untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri.
Makcik Sedih Sangat Dengar Berita Ini - Luahan Ibu Salah Seorang Mangsa #MH370
Reviewed by Admin
on
8:51:00 PG
Rating: