529 Penyokong Mursi Dijatuhi Hukuman Mati


GAMBAR: Ahli keluarga penyokong Mursi yang dijatuhi hukuman mati menangis mengenang nasib yang menimpa mereka.

CAIRO – Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi selepas perbicaraan secara massa, kata sumber perundangan.

Penyokong Mursi berdepan dengan tindakan keras untuk menghancurkan sokongan mereka oleh kerajaan yang dibentuk tentera sejak Julai lalu.

Ratusan penyokong telah dibunuh manakala ribuan lagi ditahan.

Daripada 529 yang dijatuhi hukuman mati itu, 153 orang berada dalam tahanan manakala selebihnya melarikan diri, jelas sumber.

Keputusan hukuman mati itu tidak boleh dirayu. (AFP)


sumber

529 Penyokong Mursi Dijatuhi Hukuman Mati 529 Penyokong Mursi Dijatuhi Hukuman Mati Reviewed by Admin on 9:25:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.