Dengan kata lain, peristiwa banjir dijadikan ’dasar masa’ untuk menentukan masa sebelum atau selepas, walaupun kebanyakan mereka tidak mengingati tahun sebenar peristiwa banjir tersebut. Banyak kes kelahiran di Kelantan dirujuk berdasarkan kepada usia ’lebih’ kurang berdasarkan kepada peristiwa banjir.
Sebab itu, dikatakan sejarah banjir begitu sinonom dan bermakna bagi rakyat Kelantan.
Sejarah banjir atau dipanggil bah yang masih dalam ingatan warga emas di Kelantan ialah Bah Merah. Peristiwa itu menjadi bualan setiap kali topik banjir besar diucapkan. Atau, ia dikira sebagai perbezaaan untuk tahap banjir sesuatu tahun untuk perbandingan.
Bah Merah dikira luar biasa kerana banyak tempat yang biasanya tidak dinaiki air pada setiap kali banjir, turut dilanda banjir. Maka, kesan malapetaka itu tentu sekali turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk. Bandar Kota Bharu menyaksikan semua tempat ditengelami banjir.
Bah Merah diberikan nama ’merah’ berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini.
Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Memang di Kelantan ini dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. Antara catatan bah besar yang turut diingati oleh rakyat Kelantan ialah pada tahun 2004.
Sebenarnya tahap banjir di sesuatu tempat sering dijadikan rujukan kerana bagi membolehkan perancangan untuk mendirikan rumah atau bangunan di sesuatu kawasan. Contohnya, banyak perancangan membina rumah tertenggendala apabila kawasan itu ditengelami air pada tahun 2004.
Walaupun tahap banjir sampai di kawasan berkenaan hanya dalam tempoh berpuluh tahun sekali, tetapi bagi yang mementingkan keselamatan nyawa dan harta benda, perkara itu diambil kira. Sebab itu banyak projek perumahan atau perancangan membina bangunan terbengkalai selepas tahun 2004. Ada rumah yang dalam proses pembinaan terus ditinggalkan tanpa disiapkan.
sumber
Sejarah Banjir Besar Di Kelantan
Reviewed by Admin
on
2:17:00 PTG
Rating: