Tahun lepas, lelaki ini pernah menggegar Zalora dengan permintaan agar menghalang isteri beliau dari membeli belah di laman web tersebut.
Kali ini, sekali lagi Radzi Ali telah menulis satu permintaan kepada Zalora.
Kita ikuti post beliau di FB Page Zalora di bawah.
Hai ZALORA,
Saya harap anda masih ingat pada saya. Saya gembira kerana anda menghiburkan isteri saya sebulan yang lepas dengan hadiah yang sangat cool. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Tetapi kegembiraan saya itu agak luntur bila mana melihat mangsa-mangsa musibah banjir yang dahsyat melanda negeri pantai timur baru-baru ini.
Saya tidak mampu berpura-pura kelihatan gembira setelah melihat keadaan di sana terutama pasca banjir terutamanya keadaan kanak-kanak, ibu-ibu yang hidup terumbang-ambing setelah kehilangan hampir segalanya ditelan bah besar. Ramai yang tinggal sehelai sepingang.
Saya tidak boleh melihat isteri dan anak saya berpakaian sempurna, hidup gembira sedangkan ada pihak yang merana disudut sana. Bagaimana harus saya letak muka dengan tajaan pakaian cantik , perhiasan menawan sedangkan saya melihat sendiri kehidupan daif kanak-kanak tersebut.
Saya baru pulang dari Gua Musang-Kuala Krai dengan beberapa ahli keluarga saya membantu sedaya yang boleh. Menghantar basic supplies dan makanan sekadar termampu. Hanya yang melihat sendiri keadaan di sana akan tahu betapa perlu kita sama-sama membantu.
Saya merayu pada Zalora menggunakan kapasiti yang ada selaras sebagai status anda peneraju utama dalam online fashion Malaysia sama-sama menghulurkan tangan menbantu golongan tidak bernasib baik ini. Saya cadangkan diadakan satu program kutipan atau jualan amal besar-besaran untuk menggembirakan pula kanak-kanak di sana.
InsyaAllah kami akan ke sana lagi pada minggu hadapan dan berharap dapat bertemu anda semua juga di situ.
Kali ini, tagline anda perlu berubah sedikit. Kami perlu beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak,emak, ibu mertua tentang website www.zalora.com.my . Tahu tak portal online fashion yang besar gile tu? Dan yang paling gile lagi, kami yakin Zalora akan sama-sama berganding bahu bersama kami di saat-saat ada yang memerlukan.
Cheers!
Radzi Ali.
Levida Malaysia
Cheras, KL
Credit : Radzi Ali dan Thevocket

Selepas Dapat Hadiah Ribuan Ringgit Dari Zalora, Lihat Apa Lelaki Ini Buat Kali Ini
Reviewed by Admin
on
10:23:00 PG
Rating: