KUALA LUMPUR - Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Panel lima hakim diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S Nadzeer Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabitkanya bersalah.
Pada 27 Oktober lalu Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri daripada dua pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dua tuduhan itu. - Sinar
Mahkamah Tentera Putuskan Mejar Zaidi Dibuang Kerja
Reviewed by Admin
on
12:12:00 PTG
Rating: