Dalam kejadian jam 6 petang itu, suri rumah warga emas yang mahu dikenali sebagai Puan Lim, berkata ketika kejadian, hanya saya dan suami berada di rumah.
“Selepas mengemas di tingkat bawah, saya masuk bilik tidur anak untuk mengemas dan terkejut apabila melihat ada ular berwarna hitam berbintik di bawah katil.
“Saya segera keluar dan menutup pintu bilik sambil menjerit memanggil suami yang kemudian menghubungi JPAM.
“Apabila anggota JPAM sampai, mereka membawa penyepit masuk ke bilik berkenaan.
“Namun apabila mereka menangkapnya, kami semua ketawa kerana benda yang disangka ular itu sebenarnya getah pengikat rambut,” kata Puan Lim yang kemudian memohon maaf kepada anggota JPAM. - Harian Metro
Pengikat Rambut Disangka Ular Berbisa
Reviewed by Admin
on
1:23:00 PTG
Rating: