Ini adalah salah satu sistem pemerintahan yang unik di dunia. Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15. Antara isu yang menjadi perbicangan hangat adalah "Adakah seorang sultan boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia jika tidak mempunyai permaisuri?".
Ramai menjawab tidak sedangkan itu bukanlah perkara sebenar. Inilah retorik cerita bualan rakyat Malaysia setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Retorik yang sering diceritakan secara turun temurun mungkin.
Berikut adalah beberapa perkara asas berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:-
- Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
- Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
- Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”;
- Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
- Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Bahagian 1
1 (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.
Berdasarkan penerangan tersebut jelas tidak dinyatakan bahawa seseorang Sultan itu perlu mempunyai permaisuri untuk membolehkan baginda di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Semoga segala kekeliruan dan perbincangan rakyat Malaysia selama ini terjawab.
Sumber:
http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/Jadual%20Ketiga-Ma.htm
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/objektif/45#section=p3
http://www.kamithemedia.info/2016/10/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-perlantikan-yang-dipertuan-agong-malaysia.html
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia
Reviewed by Admin
on
4:59:00 PTG
Rating: