Gigih sebagai usahawan, pengasas Nasi Lemak Anak Dara Siti Hajjar Ahmad merancang berkahwin tahun depan. ― Foto-foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 6 Okt — Ayu bertudung dan gigih berusaha menjadikan penampilan Siti Hajjar Ahmad disenangi jejaka yang berhajat menjadikannya suri teman hidup.
Tanpa berselindung, beliau berkata dirinya sudah dimiliki dan merancang mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya pertengahan tahun depan.
“Masa ini pun ada sahaja yang tanya tetapi saya cakap sudah berpunya. Kawan boleh tetapi tidak mahu lebih-lebih.
“Sama juga dengan panggilan telefon, kalau benda penting baru telefon. Ada saja orang telefon cakap nak berkenalan tetapi saya kata memang sudah tidak akan pilih yang lain,” katanya.
Penjual Nasi Lemak Anak Dara ini sudah menjalin cinta dengan kekasih hatinya sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah.
Bagaimanapun, pasangan ini terpisah apabila Hajjar melanjutkan pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor manakala kekasihnya ke Universiti Teknologi Mara di sini.
Graduan kejuruteraan elektronik perubatan ini akan bergraduasi Sabtu ini, manakala kekasihnya sudah dua tahun menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
Hajjar, 24, berkata belum tiba masanya untuk memperkenalkan siapa kekasihnya namun pemuda dari Kelantan itu banyak membantu dalam perniagaannya.

Hajjar, 24, berkata dirinya tidak mungkin mencintai yang lain selepas banyak pengorbanan dilakukan kekasihnya.
Katanya, Nasi Lemak Anak Dara yang semakin popular membuatkan kekasihnya itu bimbang yang dia akan berubah hati memilih lelaki lain.
“Dia sebenarnya risau juga sebab kami sudah lama kenal. Dia kata kalau boleh janganlah kenal sesiapa. Saya cakap tidaklah; tidak kenal siapa-siapa pun.
“Ada saja orang tanya, ‘tidak mahukah tinggalkan yang lama?’ Saya kata, ‘tidak mungkin sudah terkenal dan senang, hendak tinggalkan yang lama?’
“Dia yang mula-mula beri modal berniaga RM500. Dia tanya, ‘hendak buat betul-betul atau tidak? Kalau tidak serius, tidak payah’,” katanya, menceritakan saat-saat awal tercetus usaha tersebut.
Kekasih hatinya itulah juga membantu menurunkan barang niaga dari tingkat lima pangsapuri di Seksyen 7 di sini setiap hari.
Unit kediaman yang disewa dengan rakan-rakan bujang kira-kira 20 meter dari gerainya.

Sumber: Themalaymailonline.com
Apabila Ditanya Sudah Berpunya Atau Belum, Ini Jawapan Peniaga Nasi Lemak Anak Dara
Reviewed by Admin
on
6:48:00 PG
Rating: