Hati-Hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki



SILA semak jika anda sebenarnya menghidap penyakit Edeme. Caranya mudah sahaja, lihat dan pegang kaki anda kemudian picit isi kaki dengan jari. Jika terdapat lekuk lubang di tempat yang dipicit tadi dan lubang tersebut lambat timbul kepada rupa asalnya anda berkemungkinan mempunyai penyakit Edema.

Edema adalah istilah perubatan untuk pengekalan cecair dalam tubuh. Penompokan atau pengumpulan cecair menyebabkan rangkaian yang terkena menjadi bengkak. Pembengkakan adalah akibat dari pengumpulan lebihan cecair di bawah kulit di ruang dalam rangkaian.

Apa penyebab kaki bengkak/edema?

Anda kena bertindak pantas jika,

1. Bengkak edema dari kaki naik ke lutut dan ke paha+penat= Kemungkinan anda ada masalah kegagalan jantung.

2. Bengkak edema dari kaki naik ke lutut dan ke paha+tangan dan perut+muka bengkak seperti belon= kemungkinan anda ada masalah buah pinggang.

3. Bengkak edema dari kaki naik ke lutut dan paha+perut boroi/buncit dengan air muka badan kuning (jaundice)+penat= kemungkinan anda ada masaalah hati.

4. Bengkak edema di kaki, bengkak kaki waktu hamil= Lepas bersalin kembali pulih. Lelaki berkecuali

5. Bengkak edema kerana berdiri lama atau travel dalam kenderaan/kapalterbang terlalu lama= Bila balik rumah, rehatkan kedua-dua kaki atas bantal dan esoknya kembali pulih.

6. Bengkak edema di kaki, ada perandangan/kemerahan di kaki. Dituruti dengan demam cellulitis iaitu kuman infeksi di kulit kaki. Makan antibiotik dan semak samada ada kencing manis.

7. Bengkak edema di kaki kerana kemalangan.

8. Bengkak edema di kaki+urat-urat macam ular timbul dari kaki sebelah kangkang vericose vein.

Cara mengubati kaki bengkak

A. Angkat kaki setiap kali berbaring, iaitu letakkan kaki lebih tinggi dari dada.

B. Kurangkan pengambilan garam atau masin.

C. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama.

D. Gunakan stoking khusus pada kaki yang bengkak.

E. Jumpa doktor anda untuk pastikan samada edema kaki anda bersangkut penyakit atau tidak.

Dah ke picit kaki anda atau kaki keluarga anda? Edema kaki anda yang mana satu?

Sumber: Dr. Abdul Rahim

Hati-Hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki Hati-Hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki Reviewed by Admin on 9:28:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.