Ceramah Mega Anjuran PAS, PKR Keluar Kenyataan Mengejutkan



Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua melahirkan rasa terkejut mengenai kebimbangan bahawa PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengambil bahagian dalam ceramah mega anjuran PAS.

"Saya agak terkejut mengapa ia menjadi masalah besar ... Saya tidak fikir ada apa-apa untuk bimbang mengenainya," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ceramah ini akan menampilkan penceramah daripada ketiga-tiga parti dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Ia akan diadakan pada malam ini, sehari sebelum mesyuarat di mana Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BERSATU sepatutnya membincangkan bagaimana untuk memuktamadkan kerjasama mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tian Chua berkata, PKR menghadiri ceramah PAS untuk sementara waktu dan rakan-rakan HARAPAN daripada DAP dan AMANAH tidak mempunyai masalah mengenai perkara itu.

Hubungan PAS dan DAP menjadi renggang berikutan perbezaan pendapat mengenai isu hudud, dan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada muktamar PAS pada 2015.

Sementara itu, PAS dan parti serpihannya, AMANAH bermusuhan antara satu sama lain.

"(Apa sahaja yang telah berlaku di antara DAP, AMANAH dan PAS) Ia tiada apa-apa kaitan dengan PKR dan BERSATU," kata Tian Chua.

Sumber: MalaysiaKini.com

Ceramah Mega Anjuran PAS, PKR Keluar Kenyataan Mengejutkan Ceramah Mega Anjuran PAS, PKR Keluar Kenyataan Mengejutkan Reviewed by Admin on 8:06:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.