Tidak Dapat Tawaran Berlakon, Hairie Othman Kini Bawa GrabCar



KUALA LUMPUR, 17 Dis ― Padah pernah berada di pentas pembangkang, Hairie Othman kini memandu GrabCar selepas hampir lima tahun tidak menerima tawaran berlakon.

Hairie, 45, berkata memandu GrabCar menjadi pendapatan sampingan selepas kerjaya seninya “digam” kerana berada di pentas politik.

“Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon.

“Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal.

“Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Pelakon filem Leftenan Adnan pada Oktober mengaku dipergunakan ketika aktif berada dalam parti politik.

Katanya, status sebagai selebriti dijadikan umpan untuk menarik orang ramai hadir mendengar ceramah politik.

“Saya pula termakan umpan. Lama-lama saya baharu sedar politik tetap politik,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menyertai PAS pada 2012, Hairie banyak berkongsi pentas ceramah parti itu dan Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sumber: http://www.themalaymailonline.com/

Tidak Dapat Tawaran Berlakon, Hairie Othman Kini Bawa GrabCar Tidak Dapat Tawaran Berlakon, Hairie Othman Kini Bawa GrabCar Reviewed by Admin on 8:35:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.