Gigitan Nyamuk Sama Tikaman Pisau?



Tahukah anda nyamuk juga merupakan salah satu daripada serangga paling ganas?

Gigitan nyamuk spesis Gallinipper (Psorophora ciliata) dikatakan sama seperti ditikam sebilah pisau.

Selain itu, Gallinipper juga dikelaskan bersama haiwan-haiwan ganas yang lain seperti ular sawa dan ikan jerung selain daripada mempunyai kekuatan yang sama seperti bencana ribut.

Pada ketika ini, spesis nyamuk itu sedang beranak pinak dengan suburnya di Florida, Amerika Syarikat.

Jumlah populasi nyamuk itu meningkat disebabkan oleh telur-telur Gallinipper menetas dengan banyak selepas hujan dan banjir yang menimpa negara itu pada musim panas lalu.

Telur yang dihasilkan pada tahun lalu akhirnya menetas pada musim panas kali ini.

“Saya tidak terkejut dengan jumlahnya. Angkanya meningkat daripada tahun lalu.

“Apabila kita dilanda musim hujan, jumlahnya akan turut bertambah,” jelas Phil Kaufman, entomlogi dari University of Florida, dipetik dari LiveScience.

kaufman menjelaskan telur Gallinipper sangat kuat dan tidak mudah menetas.

Telur itu boleh bertahan selama bertahun-tahun hingga terjadinya banjir yang akan membuatnya menetas.

“Malah, ketika ia masih dalam keadaan larva, Gallinipper mampu untuk memerangkap makhluk kecil yang hidup di air,” tambah Kaufman.

Setelah matang, Gallinipper akan menjadi haiwan perosak yang ganas.

Ia akan mencari mangsa siang dan malam, berbanding nyamuk biasa yang mencari mangsa waktu malam dan pagi sahaja.

Gigitan Gallinipper sangat kuat hinggakan boleh menembus pakaian.

Bukan itu sahaja, nyamuk itu juga merupakan pemangsa haiwan peliharaan, haiwan liar dan ikan.

Oleh: HARITS ASYRAF

sumber

Gigitan Nyamuk Sama Tikaman Pisau? Gigitan Nyamuk Sama Tikaman Pisau? Reviewed by Admin on 12:11:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.