Lelaki Mengamuk Serang Guna Kapak Bunuh 9 Orang


Seorang lelaki mengamuk menggunakan kapak di sebuah kampung sehingga membunuh empat wanita dan lima kanak-kanak perempuan di Chhattisgarh, India.

gambar hiasan

Menurut polis, motif penyerang masih tidak diketahui tetapi lelaki itu didakwa mempunyai masalah mental.

Lelaki yang dikenali sebagai Panduram, 35 itu juga difahamkan baru saja ditinggalkan isterinya.

Ketika kejadian, semua mangsa yang terlibat adalah wanita kerana semua lelaki keluar bekerja di siang hari.

Lelaki itu kemudian ditahan dan senjata yang digunakan turut dirampas pihak polis.

Menurut media tempatan, keluarga mangsa akan menerima pampasan sebanyak AS$25,000 (RM77,000) oleh pihak berkuasa tempatan.


Lelaki Mengamuk Serang Guna Kapak Bunuh 9 Orang Lelaki Mengamuk Serang Guna Kapak Bunuh 9 Orang Reviewed by Admin on 9:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.