Putera Charles Belajar Bahasa Arab Untuk Bolehkannya Baca Al-Quran Dalam Bentuk Asalnya



Dia telah lama terpesona dengan Islam dan budaya Timur Tengah. Kini Putera Wales dikatakan sedang mempelajari bahasa arab. Dan pembantunya mendedahkan bahawa Putera itu sangat berminat untuk mempelajari bahasa itu dan dia telah mengahadiri tuisyen swasta selama lebih daripada enam bulan. Mungkin aneh, namun putera ini sebenarnya sangat gairah belajar bahasa arab untuk membolehkannya membaca Al-Quran dalam bentuk asalnya.

Ia juga akan bermakna dia boleh mentafsirkan skrip Arab semasa lawatan ke masjid dan muzium seni Islam. Kemudian baru-baru ini putera itu mendapat peluang untuk mencuba bahasa Arab apabila beberapa pelajar menemuinya. Dan pelajar-pelajar itu kagum dengan kebolehannya menggunakan bahasa arab. Putera Charles berada di Doha untuk menghadiri pelancaran Qatar-UK Alumni Network, Qatar. - AP


Putera Charles Belajar Bahasa Arab Untuk Bolehkannya Baca Al-Quran Dalam Bentuk Asalnya Putera Charles Belajar Bahasa Arab Untuk Bolehkannya Baca Al-Quran Dalam Bentuk Asalnya Reviewed by Admin on 11:50:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.