Suami Dibunuh, Isteri Ditahan




Rancangan jahat wanita berusia 30-an 
SUBANG JAYA – Seorang pemandu lori maut selepas ditikam ketika sedang nyenyak tidur di dalam bilik rumahnya dalam kes pembunuhan yang disyaki dirancang oleh isterinya sendiri di Subang Perdana Court 2, USJ 6/1 di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar apabila polis menyoal siasatan dua lelaki yang diberkas terlebih dahulu sebaik menerima laporan mengenai kejadian bunuh yang berlaku pada pukul 4.45 pagi itu.

Dalam kejadian itu, S. Gunasegaran, 40, mati selepas ditikam di rusuk kiri selain cedera di leher, lengan dan bahu.



Difahamkan, si isteri disyaki sanggup bersekongkol untuk membunuh suaminya selepas tidak tahan kerana mendakwa sering dipukul lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati salah seorang lelaki yang diberkas itu merupakan kekasih gelap wanita tersebut.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa baru sahaja pulang selepas keluar minum bersama rakan-rakannya.

Kosmo

Suami Dibunuh, Isteri Ditahan Suami Dibunuh, Isteri Ditahan Reviewed by Admin on 2:40:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.