Sadis! Ayah Melambung 20 Meter


Yew Sang meraung sambil memeluk mayat ayahnya.

Gemencheh: Dua beradik lelaki meraung sambil mendakap erat mayat ayah mereka yang berlumuran darah selepas terbabit kemalangan di hadapan simpang tiga, Jalan Batang Melaka, Ayer Kuning Selatan, dekat sini, pagi semalam.

Masing-masing, Chong Yow Sang, 45, dan adik bongsunya, Chong Ah Lee, 40, tidak mampu menahan sedih dengan kematian ayah mereka, Chong Kow, 64, sekali gus menerbitkan simpati orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa menunggang motosikal jenis Honda untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru Air Kuning Selatan, di sini.

Menurut sumber, sebaik mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan untuk ke rumahnya, tiba-tiba muncul lori dari arah Air Kuning menghala ke Sungai Dua.

“Mangsa tidak sempat berhenti dan dilanggar lori menyebabkan dia dan motosikal melambung sejauh 20 meter. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.


Sadis! Ayah Melambung 20 Meter Sadis! Ayah Melambung 20 Meter Reviewed by Admin on 9:55:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.