Maut Sebab Pikat Isteri Orang



KLANG – Sikap miang seorang lelaki yang cuba memikat isteri orang dengan menghantar ayat-ayat cinta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas disyaki dikelar suami wanita berkenaan di Jalan Klang Sentral di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.55 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 22 tahun mati selepas dikelar di leher di kawasan tempat letak kereta. Mangsa berbangsa Aceh, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong (gambar) berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam. - 
Kosmo

Maut Sebab Pikat Isteri Orang Maut Sebab Pikat Isteri Orang Reviewed by Admin on 10:09:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.