Kes Culik: Pemandu Teksi Adalah Suspek Utama? Ini Jawapan Polis



Kajang: "Kita percaya bahawa pemandu teksi bukan suspek utama," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, hari ini.

Menurut Willey, pemandu teksi berusia 40-an yang menghantar kanak-kanak yang diculik ke rumahnya di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang direman sehingga Jumaat ini hanya untuk membantu siasatan.

"Tiga suspek sudah ditangkap dan direman untuk soal siasat. Kita akan tahu siapa dalang penculikan ini dalam masa terdekat," katanya pada Majlis Serah Terima Kereta Peronda (MPV) Model Inspira di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, kanak- kanak lelaki berusia lima tahun diculik dalam kejadian di Sungai Chua pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pemandu teksi yang mendapat maklumat melalui laman sosial mengenai kejadian berkenaan mengecam wajah kanak-kanak itu sebelum menjumpai mangsa ditepi jalan.

Pemandu teksi yang berusia 40-an itu kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah pada hari kejadian. - HM

Kes Culik: Pemandu Teksi Adalah Suspek Utama? Ini Jawapan Polis Kes Culik: Pemandu Teksi Adalah Suspek Utama? Ini Jawapan Polis Reviewed by Admin on 10:04:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.