Polis Dedah Punca Bekas Adun Alor Limbat Ditembak



Pihak polis turut menyiasat sama ada kes kamatian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullahyang dipercayai ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat mempunyai kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak sebelum ini.

"Pihak polis juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan seorang pesara guru yang juga merupakan sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu," kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Pesara berkenaan Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang sama namun menggunakan senjata berbeza.

"Jika kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh yang sama (iaitu 9 Ogos dan 9 Oktober)," katanya dan menambah pihak polis menubuhkan pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk bagi kes berkenaan.

Katanya seramai 10 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan jiran Alias dipanggil bagi memberi keterangan.

Rosli berkata kes tersebut memang dirancang terlebih awal. – Bernama

Polis Dedah Punca Bekas Adun Alor Limbat Ditembak Polis Dedah Punca Bekas Adun Alor Limbat Ditembak Reviewed by Admin on 10:02:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.