Malah Gua Perling yang terletak kira-kira 500 meter daripada penempatan masyarakat tersebut dikatakan mempunyai misteri dan mitos yang tersendiri.
Seorang pemimpin masyarakat di Pos Tohoi, Aspi Atam, 48, berkata, masyarakatnya percaya makhluk halus sememangnya wujud di kawasan hutan terutama di lokasi mangsa ditemukan.
"Pada tahun 2001 lalu pernah berlaku kejadian yang sangat menggemparkan di mana enam penduduk Orang Asli 'disorok' selama beberapa hari.
"Dalam kejadian itu, seorang ditemukan mati, manakala lima lagi dijumpai hidup berhampiran gua tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Hospital Gua Musang di sini, hari ini.
Tambah Aspi, misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli ini seakan-akan mengulangi peristiwa yang berlaku sebelum ini.
"Kemungkinan makhluk halus ini telah menyembunyikan kanak-kanak ini daripada penglihatan mata kasar manusia.
"Bayangkan, sebelum ini, pasukan penyelamat sudah mencari mereka di kawasan tersebut namun gagal menemui sebarang jejak termasuk kesan tapak kaki," katanya. - Utusan
Misteri Disebalik 7 Murid Orang Asli Hilang Yang Anda TAK TAHU
Reviewed by Admin
on
8:35:00 PG
Rating: