Risamuddin Abd Wahab mendakwa, dia telah menegur pekerja Bangladesh secara elok tetapi tidak diendahkan malah pekerja itu mengelap bahagian dalam bumbung keretanya menggunakan kain kotor.
“Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.
“Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal.
Dia juga mendakwa pemilik syarikat pencuci kereta itu, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.
“Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat,” jelasnya.
Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik pusat mencuci itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.
“Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotorpun,” katanya.
Risamudin dilaporkan telahpun ditahan polis di Damansara pada Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdull Samah Mat berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah.
Katanya, polis dalam proses mendapatkan perintahan tahanan reman terhadap lelaki itu. - FMT
Pukul Bangla: Pemilik Kereta Akhirnya Tampil Memberi Penjelasan
Reviewed by Admin
on
9:49:00 PG
Rating: