Bapa NABI SAW : Syurga Atau Neraka?



Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;


“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]”

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
“Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS[4].

[1] Muslim, hadis no : 302.
[2] Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hlmn 118.
[3] Ibid, hlmn 117
[4] Syarh al-Nawawi ‘Ala Sahih al-Muslim, jld 1, hlmn 349.Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”. 

Bapa NABI SAW : Syurga Atau Neraka? Bapa NABI SAW : Syurga Atau Neraka? Reviewed by Admin on 10:15:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.