Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu.
Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi. - Sinar Harian
Buruh Kontrak Didakwa Bunuh Dirang
Reviewed by Admin
on
7:42:00 PTG
Rating: