Tanda Lahir Yang Ada Pada Wajah Bayi Ini Hampir Membunuhnya



Rochford, Essex, Pada mulanya, hanya tanda lahir kecil berwarna biru yang ada di wajah Adorable Millie Field sejak ia dilahirkan. Namun dalam masa beberapa hari, tanda lahir tersebut menjadi ganas, melebar merah yang menutupi separuh wajahnya, bahkan hampir membunuhnya kerana mencekik saluran nafas dan kotak suara.

Tanda lahir Millie dikenalpasti sebagai hemangioma, iaitu tanda lahir yang disebabkan oleh tumor jinak daripada pembuluh darah di kulit. Tanda lahir ini tumbuh dengan cepat dan pada kes berat seperti yang dialami Millie boleh menghalang saluran pernafasan.
Pada masa berusia 3 minggu, Millie pun pernah hampir menghadapi kematian dan berada dalam rawatan intensif kerana mengalami kesukaran bernafas.

Bayi Millie itu pun perlu menggunakan tabung trakeostomi yang dipasang dalam pembedahan selama tujuh jam, yang memungkinkannya untuk bernafas, tetapi hal itu membuatnya tak boleh mengeluarkan suara.

Kedua-dua orang tuanya, Michelle (37 tahun) dan Stuart (36 tahun), merasa sangat sedih dan takut bahawa anak perempuannya tidak akan pernah bernafas dengan bebas, apalagi bercakap atau tersenyum.

"Salah satu yang paling menyedihkan itu tidak boleh memberinya dan merawatnya, serta tidak pernah mendengarnya menangis atau membuat suara. Tumor itu tumbuh di mana-mana, yang membuatnya tidak boleh menghisap, menelan, bernafas pada masa yang sama," jelas Michelle Field, yang berasal dari Rochford, Essex, seperti dipetik Dailymail, Jumaat (13/1/2012).






Tanda Lahir Yang Ada Pada Wajah Bayi Ini Hampir Membunuhnya Tanda Lahir Yang Ada Pada Wajah Bayi Ini Hampir Membunuhnya Reviewed by Admin on 8:23:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.