2 Hina Nabi Dipenjara Tujuh Tahun


MEJRI (kiri) dan Beji didapati bersalah menghina Nabi Muhammad.Pemuda Tunisia siar kartun kontroversi di Facebook

TUNIS: Dua pemuda warga Tunisia, Jabeur Mejri dan Ghazi Beji, berusia lingukan 20-an dihukum penjara tujuh selepas didapati bersalah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad di dalam Facebook. Kedua-dua lelaki terbabit didakwa menyiarkan lakaran nabi berbogel dalam laman rangkaian sosial, kata Kementerian Kehakiman, menaikkan kemarahan di negara di mana nilai Muslim mengambil peranan besar sejak revolusi tahun lalu.

Mereka dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana pelanggaran moral dan mengganggu masyarakat. - Chokri Nefti, Jurucakap Kementerian Kehakiman“Mereka dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana pelanggaran moral dan mengganggu masyarakat,” kata jurucakap Kementerian Kehakiman, Chokri Nefti. 

Mejri sudah dipenjarakan manakala tertuduh kedua Beji, masih dicari pihak polis dan hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran.

Hukuman dijatuhkan pada 28 Mac tetapi tidak dilaporkan sehingga kelmarin apabila penulis blog mula menyiarkan maklumat mengenai kes itu dalam internet.

Tunisia mengejutkan dunia Arab pada Januari tahun lalu apabila penunjuk perasaan memaksa pemerintah kuku besi Presiden Zine al Abidine Ben Ali melarikan diri ke luar negara. 
Pada pilihan raya demokrasi pertama, Tunisia memilih kerajaan yang dipimpin kumpulan Muslim berfahaman sederhana. 

Revolusi itu turut membawa ketegangan antara kumpulan konservatif Islam yang percaya keyakinan mereka perlu memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan orang ramai dan pihak sekular mendakwa yang kebebasan bersuara dan hak wanita kini dalam sekatan. 

Kerajaan berkata pihaknya mempunyai tugas mempertahankan kesopanan awam tetapi lawannya, pihak sekular menuduh ia menggunakan sistem keadilan untuk menghukum sesiapa yang tidak selari dengan agama ortodok. 

Ketua stesen televisyen swasta, Nessma, kini menanti perbicaraan atas tuduhan menyiarkan filem animasi ‘Persepolis’ yang memberi gambaran Allah. 

Pada Februari, penerbit akhbar tabloid Nassredine Ben Saida, dipenjara lapan hari dan didenda selepas menyiarkan gambar pemain bola sepak Jerman kelahiran Tunisia bersama model wanita bogel pada surat hadapan akhbar itu. – Reuters

2 Hina Nabi Dipenjara Tujuh Tahun 2 Hina Nabi Dipenjara Tujuh Tahun Reviewed by Admin on 2:53:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.