Budak Dipercayai Dibaham Buaya


Budak Dipercayai Dibaham Buaya, budak kena baham buaya, budak hilang kena baham buaya, buaya baham budak, mayat terapung dibaham buaya, buaya ganas di kampung, buaya kelilingi mayat budak, sungai dipenuhi buaya, sungai dihuni buaya, mayat budak dibaham buaya, buaya hidup, mayat budak

SEORANG penduduk rumah panjang menunjukkan lokasi Peter Heerema mandi di tepi Sungai Linggang sebelum hilang dipercayai dibaham buaya di Engkilili, dekat Sri Aman, Sarawak kelmarin.

SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang budak lelaki yang dipercayai diserang buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini lewat petang kelmarin terpaksa diteruskan selepas mayatnya yang timbul seketika hilang semula dihanyutkan arus.

Mayat Peter Heerema Sadan, 13, pada mulanya dilihat terapung pada pukul 6.55 petang semalam, namun gara-gara takutkan buaya yang banyak menghuni sungai itu, penduduk setempat sekadar membiarkannya sahaja sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Sewaktu menunggu, mayat mangsa kembali hilang dihanyutkan arus dan gagal ditemui sehingga operasi mencari diteruskan pada pukul 8 malam.

Sumber polis memberitahu, sebelum itu mereka telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh penduduk kampung.

“Kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga mayat mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, pergi ke tebing sungai yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka untuk mandi-manda. - Kosmo

Budak Dipercayai Dibaham Buaya Budak Dipercayai Dibaham Buaya Reviewed by Admin on 9:23:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.