Calon Ikhwanul Muslimin Dahului Pilihan Raya Mesir


Ikhwanul Muslimin menang pilihanraya mesir, Ikhwanul Muslimin dan penyokong, gambar Ikhwanul Muslimin, Ikhwanul Muslimin lambai tangan, Ikhwanul Muslimin berkempen di kaherah, kempen Ikhwanul Muslimin, Ikhwanul Muslimin undi majoriti, Ikhwanul Muslimin dapat sokongan rakyat, Ikhwanul Muslimin menang besar, Ikhwanul Muslimin pemimpin islam
CALON Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi melambai tangan kepada penyokongnya sewaktu berkempen di Kaherah pada 30 April lalu.

KAHERAH, Mesir – Calon pergerakan Ikwanul Muslimin, Mohammed Morsi mendahului pilihan raya presiden Mesir yang cukup sengit berdasarkan keputusan tidak rasmi semalam.

Sementara bekas perdana menteri, Ahmed Shafiq dan bekas komander tentera udara, Hamdeen Sabahi bersaing untuk menduduki tempat kedua serta merebut peluang menjadi pemimpin Mesir.

Morsi setakat ini mendahului dengan 28 peratus undi, lapor akhbar bebas Al-Masry Al-Youm. Jumlah itu dilihat cukup untuk membawanya ke pusingan penentuan.

Pada awalnya, akhbar tersebut melaporkan bahawa Syafiq mendapat 21 peratus undi dan Sabahi dengan 20 peratus undi. Namun, Sabahi kemudian mencipta kejutan apabila menang di bandar Iskandariah.

“Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat mahukan alternatif ketiga.

Kedua-duanya mewakili golongan yang bimbang dengan pentadbiran Islam tetapi tidak mahu rejim bekas Presiden Hosni Mubarak kembali memerintah negara,” kata jurucakap kempen Sabahi, Hossam Mounis.

Pilihan raya penentu akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun depan yang menyaksikan dua pemenang daripada pusingan pertama berentap.

Pemenangnya akan diumumkan pada 21 Jun depan.

Pilihan raya itu merupakan hasil daripada kebangkitan rakyat menumbangkan Mubarak.

Pilihan raya ini merupakan medan pertarungan sengit antara calon berfahaman Islamik dan pemimpin sekular yang berasal daripada rejim Mubarak. – Agensi

Calon Ikhwanul Muslimin Dahului Pilihan Raya Mesir Calon Ikhwanul Muslimin Dahului Pilihan Raya Mesir Reviewed by Admin on 9:55:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.