Facebook Bakal Pengeluar Telefon Pintar


gambar telefon pintar, facebook, pengeluar, bakar, internet mudah alih, jurutera mahir, apple, htc taiwan, buffy, mark zuckerberg, pengguna

NEW YORK – Facebook berharap dapat merealisasikan penghasilan telefon pintar sekaligus menjadi peneraju pasaran dunia.

Sebagai salah satu raksasa medium jaringan sosial, Facebook merancang untuk meningkatkan pendapatannya melalui internet mudah alih.

Menurut laporan The New York Times, Facebook telah melantik beberapa jurutera mahir yang sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja bersama Apple.

Selain itu, syarikat itu juga telah meluaskan kerjasama dengan HTC Taiwan. Kedua-dua syarikat ini bercadang untuk mencipta sebuah telefon pintar yang diberi nama ‘Buffy’.

Salah seorang bekas jurutera Apple yang bekerja untuk iPhone mengatakan dia telah bertemu dengan Mark Zuckerberg dan membincangkan secara terperinci berkenaan dengan isu ini.

“Mark risau jika dia tidak membuat telefon bimbit dalam masa terdekat, Facebook hanya sekadar menjadi aplikasi di dalam telefon bimbit,” kata jurutera tersebut.

Buat masa kini, laman sosial Facebook memiliki lebih dari 900 juta pengguna seluruh dunia. - MyNewsHub

Facebook Bakal Pengeluar Telefon Pintar Facebook Bakal Pengeluar Telefon Pintar Reviewed by Admin on 2:22:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.