Tuanku Tidak Guna Duit Rakyat


tunku mahkota johor, guna, ambil, sultan johor guna duit rakyat, sultan johornafi guna duit kerajaan, hina sultan johor, isu terkini sultan johor, sultan johor salur duit, sultan johor derma yayasan iskandar dan yayasan ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil sesen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, baginda bertitah, perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Tempoh pemerintahan Kesultanan Johor dari era Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar hingga kini adalah selama 117 tahun. Almarhum Sultan Ibrahim memerintah Johor dari 1895 hingga 1959.

“Semua wang yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada beta dan ayahanda beta setiap bulan telah disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim,” titah baginda. - Kosmo

Tuanku Tidak Guna Duit Rakyat Tuanku Tidak Guna Duit Rakyat Reviewed by Admin on 9:51:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.