Keburukan Korek Telinga (Seram!)



Biasa kita lihat ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Tetapi, sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal di dalam telinga atau kulit telinga akan terluka.

Agak sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.

Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, pastinya kita kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.

Keburukan Korek Telinga (Seram!) Keburukan Korek Telinga (Seram!) Reviewed by Admin on 9:42:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.