Kes Hazard Sepak Charlie Jadi Isu Panas!



Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan mereka akan mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap Eden Hazard sepak Charlie (budak pengutip bola).

Dalam insiden separuh akhir kedua Piala Carling itu, video pemain Chelsea tersebut menyepak Charlie Morgan, 17, disebar dengan meluas selepas Morgan menggunakan badannya bagi melindungi bola daripada pemain itu bagi melengahkan masa.

Pada masa itu Chelsea terdesak kerana perlu memadamkan defisit dua gol yang dimiliki Swansea pada minit ke-80 sehingga memaksa pengadil, Chris Foy terpaksa melayangkan kad merah terhadap pemain itu.

Hazard kemudian tampil menjelaskan bahawa dia telah memohon maaf terhadap Charlie selepas seorang pegawai The Blues menjemputnya ke bilik persalinan pemain untuk menjernihkan keadaan.

Bekas pemain Lille itu dikritik Persekutuan Bola Sepak Belgium dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) menganggap kelakuan Hazard sukar diterima.

Namun beberapa pemain terkenal seperti Michael Owen dan Gareth Bale, menyelar keputusan kad merah pengadil walaupun menganggap tindakan Hazard mencederakan pemain itu tidak betul. Bekas pemain, Pat Nevin dalam wawancara mengakui beliau turut akan mengambil tindakan serupa jika perkara itu berlaku kepadanya.

“Saya akan menyepak bola yang dibawah badan budak pengutip bola itu jika dia berbaring seperti itu, 100 peratus,” jelas Kevin dalam temuramah di BB Radio 5 Live.

Charlie sendiri turut mendapat perhatian apabila akaun laman Twitter membongkar dia merupakan seorang taikun, Martin Morgan yang turut memilik hotel mewah di Swansea.

Gambar-gambar pengutip bola itu gemar bercuti di tempat dan berbelanja mewah turut dibongkarkan selain kegiatannya yang gemar membeli pertaruhan. Ramai yang percaya insiden itu kerana Charlie turut bertaruh dalam perlawanan itu tambahan pula kali terakhir dia menulis di Twitter berbungi, “Raja segala budak pengutip bola akan membuat kemunculan terakhir “#perlu #for #timewasting” (perlu membuang masa).

Kes Hazard Sepak Charlie Jadi Isu Panas! Kes Hazard Sepak Charlie Jadi Isu Panas! Reviewed by Admin on 12:12:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.