Ayam Selamatkan Mereka Daripada Rumah Yang Terbakar



Sebuah keluarga di Kota Alama, Amerika Syarikat, terhutang budi pada seekor ayam. Ini adalah kerana, ayam bernama Cluck Cluck itu berkokok sehingga mereka berjaya selamat dari kebakaran yang terjadi di rumah pada pukul 6 pagi waktu tempatan. Dennis Murawska mengaku ketika kejadian dia terbangun setengah sedar namun tidak menyedari ada api di dalam rumahnya. Rupanya alarm kebakaran yang dipasang di rumah rosak sehingga tidak berbunyi ketika api mula merebak. Namun oleh kerana Cluck Cluck terus berkokok di kandangnya dengan kuat, akhirnya membuatkan mereka benar-benar bangun. Setelah terbangun, Dennis dan isterinya, Susan Cotey, memanggil bomba. Nasib baik, Cluck Cluck ditemui selamat di dalam kandangnya di tingkat bawah walaupun kucing mereka mati.

Susan mengakui ayamnya itu memang sering berkokok dengan kuat ketika merasa tertarik dengan sesuatu. "Kami sering mendengar seekor anjing atau kucing memperingatkan tuan mereka dari bahaya," ujar petugas bomba. "Namun saya tidak pernah dengar sebelum ini seekor ayam melakukan aksi seperti itu." Ayam betina itu didapatkan Dennis Murawska dan isterinya dari jiran kerana sudah tidak bertelur lagi. Jiran mereka menyarankan mereka masak ayam itu. Namun mereka memilih memeliharanya kerana kasihan melihat ayam itu memiliki kecacatan pada kaki yang membuatnya sukar berjalan. -USnews
sumber

Ayam Selamatkan Mereka Daripada Rumah Yang Terbakar Ayam Selamatkan Mereka Daripada Rumah Yang Terbakar Reviewed by Admin on 1:00:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.