Gambar Transport Terbabas Paling Ngeri Selama 2012 (11 Gambar)


Berbagai-bagai kemalangan paling teruk sepanjang tahun 2012 baik di darat, laut mahupun udara yang menyebabkan kematian sehingga hingga ratusan nyawa.


Bangkai bas pelancongan yang telah musnah selepas berlanggar dengan lori kargo di Alamo, Temapache, Mexico, Jumaat (20/4). Dalam kejadian ini, 43 orang terbunuh dan empat daripada mereka masih di bawah umur.


Runtuhan Superjet Sukhoi 100 Rusia telah terjatuh di lereng Gunung Salak, Jawa Barat pada 12 Mei, 2012. Seramai 45 orang, yang terdiri daripada semua penumpang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang turut sama mati dalam kemalangan yang sangat malang ini.



Warga mengerumuni sambil mencuba untuk memadamkan mesin pesawat yang masih menyala setelah terjatuh di Ishaga, Lagos, Nigeria pada 3 Jun 2012. Akibat peristiwa ini, pesawat yang membawa sebanyak 147 penumpang dalam negeri maut. 


Orang-orang berkumpul dekat dengan lokasi sebuah bas yang jatuh ke saluran pengairan dekat lokasi ziarah Triveni, Kathmandu, Nepal pada 15 Julai 2012. Bas yang membawa para penumpang itu jatuh dan sebanyak 35 jamaah yang sebahagian besar dari India maut dalam kecelakaan pada hari minggu itu. 


Warga berkumpul di dekat keretapi yang terbakar saat berada di Stesen Nellore kereta api, India pada 30 Julai 2012. Kebakaran kereta tersebut menyebabkan kematian seramai 30 penumpang yang sedang tertidur. 


Petugas bersama warga kota berdiri di samping bangkai dari sebuah bas yang terbalik dan terjatuh ke dalam jurang gaung di negara bahagian India utara Himachal Pradesh pada 11 Agustus 2012. Seramai 40 orang maut di wilayah Chamba.


Kapal feri Costa Concordia yang terbalik dekat dengan pelabuhan Giglio Porto, Itali pada 28 Ogos 2012. Kejadian tersebut menyebabkan kehilangan 32 nyawa. 


Warga terpaksa masuk ke dalam sungai untuk mengungsi bas yang terjatuh ke dalam Sungai Purna di Maharashtra, India pada 26 September 2012. Sebanyak 19 orang maut dan beberapa korban selamat dilarikan ke hospital. 


Sebuah kapal mengangkut kapal feri yang tenggelam di perairan Hong Kong pada 2 Oktober 2012. Kapal yang membawa penumpang untuk hiburan musim gugur ini tenggelam ketika berlanggar dengan kapal lain dan meragut nyawa seramai 37 orang. Pihak polis pun menangkap enam anak kapal untuk keterangan lanjut. 


Bangkai pesawat kargo yang jatuh di Brazzaville, Kongo pada 30 November 2012. Pesawat ini jatuh kerana terganggu oleh angin kencang ketika mendarat. Pesawat terlanggar salah satu rumah di Brazzaville dan seramai 32 orang maut dalam kecelakaan ini. 


Bangkai dari bas yang mengalami kecelakaan yang diduga kerana mengalami gangguan pada sistem mesin di San Raimundo, Bogota, Kolombia, Senin (17/12). Akibatnya 26 orang maut dan 15 lainnya luka ringan. - BlogZaim

Gambar Transport Terbabas Paling Ngeri Selama 2012 (11 Gambar) Gambar Transport Terbabas Paling Ngeri Selama 2012 (11 Gambar) Reviewed by Admin on 11:00:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.