Lagi Banduan Melarikan Diri Di Kuantan Ditemui Sembunyi Dalam Semak


Masih lagi belum habis kes sembilan tahanan melarikan diri di Butterworth, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tentang tahanan atau banduan yang melarikan diri. Kali ini kes terjadi di Kuantan, Pahang pula.

Menurut sumber dari akhbar-akhbar tempatan, kejadian berlaku sewaktu banduan itu bersama banduan-banduan lain sedang melakukan kerja-kerja mencuci tasik dalam kawasan Penjara Penor.

Gambar hiasan

“Banduan terbabit, Mohd Norhafiza Mat Sudin, 26, berasal dari Felda Tenang, Besut, Terengganu sedang menjalani hukuman selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 2(2)(3)/15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dia dihukum menjalani hukuman penjara mulai 15 September lepas dan tarikh bebas ialah pada 6 Disember 2013,” Kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Walau bagaimananpun, tahanan tersebut berjaya diberkas semula sekitar 9.15 malam tadi. Suspek ditemui pegawai dan anggota penjara sedang bersembunyi di kawasan semak berdekatan Madrasah Minaratil Ilmi.

“Suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut,”

Tahniah kepada anggota polis yang pantas melakukan tangkapan kembali demi keselamatan orang awam. Cuma Belalang harap selepas ini pasukan polis memperketatkan lagi kawalan kepada tahanan-tahanan.

Lagi Banduan Melarikan Diri Di Kuantan Ditemui Sembunyi Dalam Semak Lagi Banduan Melarikan Diri Di Kuantan Ditemui Sembunyi Dalam Semak Reviewed by Admin on 8:41:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.