Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.
Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.
Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah. - Harian Metro
Angkara Bawa Telefon Bimbit...
Reviewed by Admin
on
7:57:00 PG
Rating:
![Angkara Bawa Telefon Bimbit...](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_J5iQya9yF-hG1gNgp1kLmnKQ84Wx-uu8ThaohlgPLeX_oE06vqksnSstToaFQbsfnP2-8Ny1Jj10dDgFwdTYCipouoJ_-_8Q8rU3TiARN4zlbsoljR69XrgNQaQrr0hzXwHkoAFmVY4a/s72-c/pix_gal1.jpg)