Lumrah hidup di dunia, apabila ada kehidupan pasti ada kematian. Tiada siapa yang mampu hidup selama-lamanya.
Tapi betulkah kenyataan ini? Sebenarnya ada satu spesis yang mampu hidup kekal abadi, ianya adalah obor-obor ini.
Sebenarnya obor-obor adalah satu spesis yang sangat pelik. Mereka tidak mempunyai otak, perut, sistem pernafasan, sistem peredaran darah. Kiranya memang lain dari yang lain. Tapi ada satu lagi spesis obor-obor yang sangat pelik di mana sifatnya tidak dimiliki oleh mana-mana spesis, samada haiwan mahupun manusia di dunia ini, iaitu mampu hidup kekal abadi.
Obor-obor ini diberi nama Turritopsis nutricula, atau juga digelar sebagai immortal jellyfish. Ianya juga digelar Benjamin Button jellyfish, kerana seperti watak utama dalam filem tersebut, obor-obor ini mampu mengubah bentuk dewasa mereka menjadi peringkat bayi (atau polyp) semula, terutamanya apabila mengalami stress, lapar atau kecederaan. Dan dari peringkat bayi itu pula, mereka akan menjadi dewasa semula dan kemudian berubah menjadi bayi semula dalam kitaran yang tidak berhenti, atau dalam kata lainnya, hidup kekal abadi.
Menurut New York Times, kitaran hidup obor-obor ini boleh diumpamakan seperti rama-rama yang tidak mati namun berubah menjadi ulat bulu semula, atau seperti ayam dewasa yang bertukar menjadi telur dan melahirkan anak ayam yang lain. Jika nak diumpamakan seperti hidup manusia pula, ianya seperti seorang orang tua yang menjadi semakin muda dan muda, hinggalah kembali kepada bentuk janin. Untuk sebab itu juga, obor-obor ini digelar sebagai Benjamin Button Jellyfish.
Secara teorinya, proses transdifferentiation pada obor-obor ini boleh berulang-ulang dalam kitaran tidak berpenghabisan atau infiniti, memampukannya untuk hidup kekal abadi. Jadi benarkah spesis obor-obor ini mampu melawan hukum alam? Tapi apabila bercakap tentang realiti, tiada yang mampu hidup selama-lamanya. Obor-obor ini juga mempunyai kemungkinan untuk mati dan setakat ini tiada bukti dari makmal yang menunjukkan ada obor-obor yang mampu hidup beberapa generasi secara berterusan melalui proses transdifferentiation ini.
Namun ianya tetap sangat memberansangkan kerana terdapat spesis seperti ini yang mampu bertukar menjadi muda semula, terutamanya pada para saintis. Jika hasil kajian obor-obor ini membuahkan hasil, dijangkakan ianya mampu meningkatkan kualiti hidup manusia. Mungkin kita tidak mampu untuk hidup selama-lamanya, namun sekurang-kurangnya ianya membuka peluang yang menakjubkan, contohnya dalam rawatan pemulihan sel-sel kanser.
Di sini ada video menarik untuk ditonton jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang spesis unik ini:
sumber
Tapi betulkah kenyataan ini? Sebenarnya ada satu spesis yang mampu hidup kekal abadi, ianya adalah obor-obor ini.
Sebenarnya obor-obor adalah satu spesis yang sangat pelik. Mereka tidak mempunyai otak, perut, sistem pernafasan, sistem peredaran darah. Kiranya memang lain dari yang lain. Tapi ada satu lagi spesis obor-obor yang sangat pelik di mana sifatnya tidak dimiliki oleh mana-mana spesis, samada haiwan mahupun manusia di dunia ini, iaitu mampu hidup kekal abadi.
Obor-obor ini diberi nama Turritopsis nutricula, atau juga digelar sebagai immortal jellyfish. Ianya juga digelar Benjamin Button jellyfish, kerana seperti watak utama dalam filem tersebut, obor-obor ini mampu mengubah bentuk dewasa mereka menjadi peringkat bayi (atau polyp) semula, terutamanya apabila mengalami stress, lapar atau kecederaan. Dan dari peringkat bayi itu pula, mereka akan menjadi dewasa semula dan kemudian berubah menjadi bayi semula dalam kitaran yang tidak berhenti, atau dalam kata lainnya, hidup kekal abadi.
Proses tersebut digelar sebagai transdifferentiation, di mana sel-sel yang terdapat pada obor-obor tersebut dapat berubah menjadi jenis sel yang lain. Contohnya sel otot boleh berubah menjadi sperma atau telur, atau sel saraf berubah menjadi sel otot dan sebagainya.
Menurut New York Times, kitaran hidup obor-obor ini boleh diumpamakan seperti rama-rama yang tidak mati namun berubah menjadi ulat bulu semula, atau seperti ayam dewasa yang bertukar menjadi telur dan melahirkan anak ayam yang lain. Jika nak diumpamakan seperti hidup manusia pula, ianya seperti seorang orang tua yang menjadi semakin muda dan muda, hinggalah kembali kepada bentuk janin. Untuk sebab itu juga, obor-obor ini digelar sebagai Benjamin Button Jellyfish.
Namun ianya tetap sangat memberansangkan kerana terdapat spesis seperti ini yang mampu bertukar menjadi muda semula, terutamanya pada para saintis. Jika hasil kajian obor-obor ini membuahkan hasil, dijangkakan ianya mampu meningkatkan kualiti hidup manusia. Mungkin kita tidak mampu untuk hidup selama-lamanya, namun sekurang-kurangnya ianya membuka peluang yang menakjubkan, contohnya dalam rawatan pemulihan sel-sel kanser.
Di sini ada video menarik untuk ditonton jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang spesis unik ini:
sumber
Satu-Satunya Haiwan Yang Mampu Hidup Kekal Abadi
Reviewed by Admin
on
9:30:00 PG
Rating: