KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah maut terjerut tali beg silangnya ketika melarikan diri selepas memecah masuk sebuah premis alat ganti di Jalan Sungai Besi, Taman Salak Selatan, semalam.
Mayat lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditemui tergantung di koridor depan di tingkat satu, jam 9 pagi.
Kejadian itu disedari pemilik premis ketika hendak memulakan operasi perniagaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pemilik premis pada awalnya mendapati kedainya berselerak.
“Dia seterusnya membuat pemeriksaan dan nampak satu lelaki tersangkut di koridor di tingkat satu, dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Lelaki itu tersangkut pada beg galas dibawanya sendiri,” katanya.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai hendak melarikan diri setelah memecah masuk premis berkenaan pada awal pagi.
“Sepasukan Forensik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya.
Mayat mangsa warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HTAR) untuk bedah siasat.
Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
gambar hiasan

Penjenayah Maut Terjerut Tali Beg Sendiri
Reviewed by Admin
on
10:11:00 PG
Rating: