Jutawan Yahudi Bangun Masjid Besar di Perancis



JUTAWAN-Yahudi, Roberth Harush (58) membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis sebagai toleransi agama. Roberth yang asli warga Ashkelon Israel telah berjaya menjadi pegusaha real estate di Perancis sejak 10 tahun terakhir.

Ia mengaku muak dengan tingkah laku Israel yang menimbulkan kecaman dunia terhadapnya. Sebagai bentuk toleransi agama, ia memutuskan untuk membiayai keseluruhan pembangunan sebuah masjid di Perancis bagi masyarakat muslim di situ.

Ayah empat anak ini dibesar di Ashkelon, Israel. Apabila ia bersara dari ketenteraan Israel, kemudian ia mencuba nasibnya dalam perniagaan real estate di Eropa dan kini ia menjadi jutawan. Kejayaannya telah berjaya memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang bernilai ratusan juta dolar AS.

Selain berjaya di Eropa Harush juga melabur modal perniagaannya di Ashkelon Israel iaitu negaranya. Jutawan Yahudi ini juga mempunyai rumah di Cast Lead, Israel dan ia pernah ditimpa tragedi serangan roket Grad dari Hamas yang mendarat berdekatan rumahnya.

Pembangunan masjid untuk umat Islam di Perancis itu bermula ketika Datuk Bandar Montereau, sebuah Bandar yang berdekatan dengan Paris mengumumkan bahawa pihak masjid memerlukan sumbangan untuk membaiki sebuah bangunan masjid di Bandar tersebut.

Setelah mendengar pengumuman Datuk Bandar tersebut dan ia berkata-kata di dalam hatinya :

"Di sinilah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk membiayai pembangunan masjid tersebut.”

Ramai orang tergejut dengan niatnya untuk membantu membiayai pembangunan masjid tersebut. Ia berkata kepada orang ramai bahawa :

"Saya sudah muak dan lelah. Sepatutnya orang yang waras dan berpelajaran muncul untuk menyatukan dan menamatkan persengketaan antara Islam dan bukan Islam. Segala sumbangan yang saya hulurkan untuk pembangunan masjid ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan seikhlas hati.”

Para pemimpin masyarakat Muslim di Montereau, Perancis mengucapkan terima kasih kepada Harush atas sumbangannya untuk membaiki masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang baik antara agama dan bangsa.

Sebelum itu juga, Harush telah membiaya pembangunan Sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon Israel pada tahun lalu dan dinamai dengan nama mendiang ayahnya.

"Saya sendiri bukan orang agama. Tapi saya perlu mengambil langkah politif untuk menyatukan orang Yahudi, orang arab, sekuler maupun agama.”

Petikan dari : Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Pengajaran yang dapat diambil dari cerita di atas :

Sepatutnya umat Islam lebih baik dari Harush kerana Islam telah mensyariatkan amalan zakat, sedekah dan wakaf untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan dan segala pembangunan umat Islam. Jika hendak dipertimbangkan dari segi rewardnya (balasannya) dari Allah memang sangat besar dan tidak terhitung dengan apa yang kita sumbangkan. Tetapi malangnya umat Islam lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan saudaranya yang lain. Orang yang kaya semakin kaya dan orang yang miskin semakin miskin dan ditindas. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah : 195)

Kalaulah umat Islam berjiwa atau pemurah sepertimana Yahudi tersebut, maka umat Islam sudah lama menjadi kaya dan tidak ditindas di mana-mana tempat, kerana umat Islam mampu membeli peralatan peperangan yang cangih dan setimpal dengan peralatan peperangan musuh Islam. Umat Islam tidak akan kebuluran sepertimana berlakunya di Dafur, Somalia, Gaza dan tempat-tempat lain. Umat Islam juga dapat menguasa ekonomi, teknologi dan ilmu pengetahuan seperti ICT, Sains dan sebagainya.

Saya mengajak diri saya dan rakan-rakan semua, marilah kita memperbanyakkan amalan sedekah walau dengan sedikit sahaja, kerana pemberian yang sedikit dibekalkan dengan hati yang ikhlas nescaya Allah akan menambahkan lagi rezeki kita semua. Sesungguhnya orang yang bersedekah adalah orang yang sentiasa membersihkan hatinya dari kekotoran dosa dalam dirinya. Firman Allah yang bermaksud :

“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah : 245)

Antara kelebihan orang yang sering bersedekah atau menginfakkan hartanya ke jalan Allah iaitu :


Orang yang bersedekah akan dimurahkan rezeki dari Allah. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang bersedekah akan diselamatkan oleh Allah dari bala bencana. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (Riwayat Baihaqi)
Orang yang bersedekah akan dipanjangkan umur oleh Allah swt. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

Orang yang bersedekah akan dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Sembahyang itu dapat mendampingkan diri dengan rahmat Allah dan membawa keredaan-Nya, dan puasa menjadi perisai kejahatan, manakala sedekah pula menghapuskan dosa seperti air memadam api.” (Riwayat Abu Ya’la)

Kesimpulannya
Orang Islam bersedekah walaupun sedikit tetap akan mendapat ganjaran dari Allah, berbanding dengan orang bukan Islam yang bersedekah dan segala amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah kerana mereka tidak Islam. Jadikanlah sikap Harush sebagai cabaran untuk kita semua mengeluarkan sedikit sebanyak untuk kepentingan agama Islam. Setiap sumbangan tidak akan rugi walaupun sumbangan yang dikeluarkan mengurangkan perbelanjaan kita. Allah swt sedang memerhati umatnya yang mempunyai jiwa yang ikhlas dalam mengerjakan segala ibadah kepadanya. Allah juga akan memberikan kejayaan dan kemenangan kepada mereka yang beribadah dengan hati yang ikhlas kepada Allah di dunia dan di akhirat.



Jutawan Yahudi Bangun Masjid Besar di Perancis Jutawan Yahudi Bangun Masjid Besar di Perancis Reviewed by Admin on 9:52:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.