Abby Abadi Harap Temu Jodoh Dengan Ustaz


nak kahwin dengan ustaz, gambar, abby abadi bertudung, insaf, hijrah, doa, ingin kahwin, ustaz, cari jodoh, jumpa, rasa, harapan, pas, seronok, ilmu, agama, islam, syahid

TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya.
sumber

Abby Abadi Harap Temu Jodoh Dengan Ustaz Abby Abadi Harap Temu Jodoh Dengan Ustaz Reviewed by Admin on 11:47:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.