Bayi perempuan berumur 10 bulan ini menjadi mangsa penderaan ibunya sendiri.
CONNECTICUT - Seorang wanita didakwa mendera anaknya berumur 10 bulan dan turut merakamkan aksi kejam itu, menurut polis, kelmarin.
Kellie Park, 20, dari West Haven, Connecticut ditahan minggu lalu selepas menerima laporan dari bapa bayi tersebut yang menerima 55 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan rakaman perbuatan tidak berhati perut isterinya itu.
Mahkamah mendapati ibu kepada dua anak tersebut bersalah atas kesalahan mengancam dan melakukan kekejaman serta menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.
Kedua-dua anaknya kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak di Hartford.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan kes itu akan disebut semula 11 Julai depan.
Ibu Muda Rakam Aksi Dera Bayi Sendiri
Reviewed by Admin
on
5:35:00 PTG
Rating: