Euro 2012: Bola Lepasi Garisan Gol: Blokhin


gambar, blokhin, lepasi garisan gol, pendapat, marah, berang, kalah, menang, berita euro 2012, bola sepak, pemain, pengadil, rasuah, tak ambil kira, pertemuan akhir, johan, akso terakhir, kontroversi, musnah impian, garisan, mutu, pertikai, kewibawaan, kad kuning, kasar, buruk, bintang sensasi, pertama, bersara
Berang... Blokhin meluru ke arah pengadil keempat selepas gol penyamaan Ukraine tidak dikira.

UKRAINE mengikut jejak langkah tuan rumah bersama, Poland apabila sekadar menamatkan saingan Euro di peringkat kumpulan.

Kekalahan 0-1 kepada England pada pertemuan terakhir Kumpulan D, awal pagi semalam menyaksikan skuad bimbingan Oleg Blokhin gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila menamatkan saingan di tangga ketiga meskipun beraksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

Pada aksi terakhir kumpulan di Donetsk awal pagi semalam, jaringan Wayne Rooney memusnahkan impian Ukraine melangkah ke suku akhir. Namun, pada babak kedua wujud kontroversi apabila pengadil perlawanan, Viktor Kassai tidak membenarkan gol penyamaan Marko Devic walaupun bola melintasi garisan gol seperti didakwa pemain Ukraine.

Selepas perlawanan ditamatkan, Blokhin membidas mutu pengadilan serta mempertikaikan kewibawaan pegawai perlawanan kerana tidak melayangkan kad kuning kepada John Terry dan Andy Carroll yang melakukan kekasaran.

“Mutu pengadilan amat buruk. Terdapat lima pengadil tetapi apa mereka lakukan? Bola sudah 50 sentimeter melepasi garis gol,” katanya.

Sementara itu, bintang sensasinya, Andriy Shevchenko mengumumkan persaraan di arena antarabangsa sebaik sahaja perjuangan Zbirna terkandas di pusingan pertama Euro kali ini.

Euro 2012: Bola Lepasi Garisan Gol: Blokhin Euro 2012: Bola Lepasi Garisan Gol: Blokhin Reviewed by Admin on 11:10:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.